Posts

POV Sebagai Pembeli

Assalamualaikum. Tiba-tiba ja hari ni rasa macam nak menulis. Gatal ja tangan nak 'typing'. Entah kenapa, teringat pula cerita ni. Cuma pengalaman biasa, tapi saja nak kongsi. 😊 Cerita ni jadi dalam 7 tahun lepas, waktu belajar. Ada ramai kawan-kawan yang berniaga. Kita ni pun, sama lah juga berniaga. Tapi cerita ni dari POV saya sebagai pembeli. 🙈 Ada junior jual niqab, saya pun beli. Tapi tak kenal sangat pun junior ni, pernah lah kerja jaga booth sekali dengan dia. Waktu tu pun, memang saya rasa tak boleh nak rapat. Tak sefrekuensi agaknya. Saya order ni pun, sebab tertengok iklan dia kat group ja. Nak support sesama. Ingatkan memang ada ready stock kat asrama. Tapi dia kata, kena pos. Ok ja lah. Nak buat macam mana. Pos pun pos lah. 😂 Dia kata, kongsi postage dengan lagi sorang customer dia. Setuju ja lah, memang satu tempat, kan. Harga postage RM8, jimat RM4. 🤔 Dia kata lagi, nak guna detail saya untuk pos. Saya pun masih setuju. Jadi, bila parcel dah sampai, saya lah ...

Hujan di Hatiku

     Mata yang terpejam dibuka perlahan. Melihat dunia yang kehilangan sinarnya. Aroma hujan perlahan menusuk hidung. Air hujan yang turun dari langit umpama mutiara yang jatuh ke bumi. Akan tetapi, hujan di hatinya pula bagai peluru yang terus menghentam diri. Athirah, seorang gadis muda yang sudah menginjak usia 20 tahun, baru sahaja kehilangan ayahnya 6 bulan yang lalu. Dia telah kehilangan dua syurga dalam hidupnya. Kini, yang tinggal hanyalah sosok ibu tiri yang sudah dianggap sebagai ibu sendiri. Beberapa tahun setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya menikahi wanita itu. Walaupun sosok ibu tiri itu tidak bisa menggantikan tempat ibunya, namun, kehadirannya telah membawa kembali cahaya yang pernah hilang. Athirah sangat menghargai ketulusan itu.       Namun, setelah pemergian ayahnya, wajah sebenar ibu tirinya mula terkuak. Wajah yang selama ini manis melayaninya, kini terlihat seperti berapi dan seolah memiliki tanduk di atas kepalanya. Bagaimana...

MERDEKAKAH AKU?

     Adakah aku merdeka? Dahulu, ketika aku masih kecil, bapa saudaraku yang kugelar Pak Caq, sering bercerita tentang zaman mudanya. Zaman Jepun, British, dan perjuangan untuk meraih kemerdekaan. Masa lalu yang terlalu jauh dari jangkauanku. Mungkin tidak begitu banyak kisah yang dapat kuserap, namun kuyakin, masih ada hikmah yang mampu kucerna. Pak Caq lahir pada 29 July 1936. Terlahir ketika Tanah Melayu masih belum merdeka dan masih lagi dijajah, terlahir ketika zaman yang penuh dengan pengorbanan, terlahir ketika rakyat masih berpegang teguh pada landasan perjuangan. Kisah yang sering kudengar juga, tidak jauh dari semua kata itu. Bukan tentang peperangan kerana Pak Caq bukanlah seorang askar melainkan bertugas sebagai pasukan perubatan, namun tentang kemerdekaan, kesusahan, pengorbanan, dan juga perjuangan. Semua kisah itu seringkali menggamit hatiku untuk merasa seolah berada di sana dan menanggung sama.       "Nak tau dak, dulu kan..." Ayat itu...

Kudrat

Di sebuah negeri yang jauh, tinggallah seorang pemuda bernama Kudrat. Dia seorang yang berbudi, kuat, juga gagah berani. Tetapi, kisah ini bukan untuk menceritakan kekuatan zahirnya, melainkan kekuatan hatinya. Dia memiliki seorang ibu yang sudah uzur, dan seorang ayah yang pemabuk. Kudrat hanya bekerja sebagai petani. Di masa lapangnya, dia menjadi pekerja kasar dengan tugas seperti memperbaiki bumbung yang bocor, memotong rumput, dan juga membersihkan ladang orang. Ini dilakukan demi keluarganya, demi masa depan yang lebih baik. Namun, takdir tidak sentiasa mulus, banyak liku yang perlu ditempuh. Duit yang susah payah dicari, digunakan secara semena-mena oleh sang ayah. Jika tidak diberi, adakala sang ayah akan mengambilnya secara diam. Jika mahu, boleh sahaja Kudrat menggunakan kekerasan untuk menundukkan ayahnya. Dia sudah dewasa, dia mampu. Tetapi, itu bukanlah pilihan terbaik. Bukan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, dan bukan juga sesuatu yang diajarkan oleh Rasulullah...

KISAH KOTAK, CERMIN DAN PEMBARIS

Ada sebuah rumah tua yang terletak di pinggir hutan. Tempat yang suram, dan penuh dengan hawa yang aneh, serta menimbulkan rasa tidak selesa. Hana, seorang gadis penakut yang bertekad untuk pergi ke sana kerana sahabatnya yang tidak pernah pulang setelah pergi ke sana. Selama 1 bulan terakhir, banyak penduduk di kawasan itu yang menghilang secara misteri. Hana melangkah ke dalam dengan penuh debaran. Tubuhnya diterpa rasa sejuk yang teramat sangat, seolah menggigit. Matanya meliar ke sekeliling rumah itu, mencari keanehan yang mungkin terzahir. Matanya terpaku pada sebuah cermin yang tingginya seukuran lelaki dewasa. Cantik, tapi juga nemiliki aura yang menyeramkan. Hana menatap lama cermin itu. Terlibat biasa tetapi juga tidak biasa. Telinganya menangkap bunyi suara yang sayup-sayup. "Tolong! Tolong!". Hana tersentak. Dia mendekati cermin itu. Ya, suara itu berasal dari sana. "Apa jadi? Apa yang aku nak buat?" Badannya mula menggigil hebat. Tiba-tiba, matanya terpa...

HARI INI HARI GEMBIRA SAYA KERANA...

Assalamualaikum. Hai! Ni kali pertama saya tulis blog. Excited juga rasanya. Saya happy sangat hari ni, sebab dapat join Bengkel Penulisan anjuran PMOKUM. Join program ni, memang best, saya tak sabar nak belajar macam-macam perkara penting dalam dunia penulisan. Tapi, hari ini hari gembira saya kerana... saya dapat jumpa member lama, kawan dari sekolah rendah. Dah terpisah jarak beratus kilometer, tapi hari ni, dapat bertemu di bawah satu bumbung. Datang sini dengan harapan besar dan penuh kesungguhan. Tolong doakan saya dan kawan-kawan terus berjaya dalam setiap langkah yang kami pilih, di dunia dan di akhirat. 😊🤲🏻