KISAH KOTAK, CERMIN DAN PEMBARIS
Ada sebuah rumah tua yang terletak di pinggir hutan. Tempat yang suram, dan penuh dengan hawa yang aneh, serta menimbulkan rasa tidak selesa. Hana, seorang gadis penakut yang bertekad untuk pergi ke sana kerana sahabatnya yang tidak pernah pulang setelah pergi ke sana. Selama 1 bulan terakhir, banyak penduduk di kawasan itu yang menghilang secara misteri. Hana melangkah ke dalam dengan penuh debaran. Tubuhnya diterpa rasa sejuk yang teramat sangat, seolah menggigit. Matanya meliar ke sekeliling rumah itu, mencari keanehan yang mungkin terzahir. Matanya terpaku pada sebuah cermin yang tingginya seukuran lelaki dewasa. Cantik, tapi juga nemiliki aura yang menyeramkan. Hana menatap lama cermin itu. Terlibat biasa tetapi juga tidak biasa. Telinganya menangkap bunyi suara yang sayup-sayup. "Tolong! Tolong!". Hana tersentak. Dia mendekati cermin itu. Ya, suara itu berasal dari sana. "Apa jadi? Apa yang aku nak buat?" Badannya mula menggigil hebat. Tiba-tiba, matanya terpandang akan sebuah kotak yang sedikit terbuka. Perlahan-lahan, dia mendekati. Hana melihat sebuah pembaris yang terlihat bersinar. Hana mengambilnya dengan ragu-ragu. "Apa yang aku boleh buat dengan pembaris ni?" Hana menghampiri cermin itu semula, mengangkat pembaris dan membuat gaya seperti membelah. Tak disangka, cermin itu kelihatan terkoyak seperti dimensi yang terbelah. Pembaris di tangannya terlepas kerana terlalu terkejut. Dia pun terduduk dan termangu, tidak faham dengan apa yang berlaku. Takut? Ya. Teramat takut. Secara mengejutkan, ramai orang yang keluar melalui belahan cermin itu. Airmata Hana menitis. Perjuangannya dalam melawan rasa takutnya terbalas apabila melihat sahabatnya datang menghampiri. Setelah kejadian itu, semuanya kembali seperti biasa. Kini, tidak ada lagi yang berani mendekati rumah yang menyimpan banyak misteri itu.